Bismillah
Assalammualaikum
Giveaway Ombak Bergigi Dot Com (2 Nov - 2 Dec 2021) | Tahun ni macam tak banyak buat giveaway, cadangnya nak buat giveaway setiap 2 bulan sekali. Tapi lain pulak yang jadinya. Giveaway kali ni, nak buat semudah yang boleh sebabnya nak kongsi rezeki dengan blogger lain yang banyak berikan sokongan pada blog aku ni.
Alhamdulillah, tahun ni juga aku merasa 1 juta pageviews selepas 10 tahun dah ada dalam dunia blogging. Aku harap semangat aku untuk blogging tak pernah luntur biarpun kena tempuh 10 tahun lagi. Oleh itu, aku harap dengan adanya giveaway ni, rakan blogger aku sudi untuk menyertai giveaway aku.
Syarat-syarat penyertaan :
1. Follow blog OmbakBergigi
2. Follow Facebook Shuhada Herman
3. Copy dan paste banner di atas. Buat entri bertajuk "Giveaway Ombak Bergigi Dot Com".
4. Komen link penyertaan di bawah.
Cabutan bertuah akan dilakukan bagi menentukan 1 orang pemenang yang akan memenangi 1 set 2in1 perfumes V.V.Love seperti gambar dibawah. 4 orang lagi akan disenaraikan di dalam bloglist. Giveaway akan berlangsung selama 1 bulan bermula 2 November sehingga 2 December 2021.