Assalammualaikum & hello there!
Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) by zzzyy.blogspot.com | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen zzzyy.blogspot.com. Rugi tak join! Klik banner untuk join.
PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Sudah tentu nak jumpa Husband. Sebulan tak jumpa ni. Walaupun Husband di Port Dickson, terasa sangat jauh semenjak PKP berlaku. Kalaulah tiada telefon, sudah tentu bertambah lagi rindu. Lepas jumpa husband, terus nak balik kampung, jumpa mak abah. Rindu jugak ni tau. Raya ni pun belum tentu dapat balik kampung. Semoga Covid-19 ni cepat menghilang dari bumi Malaysia.