Quantcast
Channel: BLOG SI OMBAK BERGIGI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551

Naik Hantu Tunggu Barang Dari Shopee!

$
0
0


Assalammualaikum.

Sebelum ni beli barang di Shopee tak pernahlah seller buat hal. Selalunya ambil masa seminggu barang tu nak sampai di tangan. 11/4 yang lepas, daku order barang baby di MamaKiddy, one of seller barang baby di Shopee. Semangat nak beli barang baby sikit-sikit, memandang tengah PKP dan kebetulan ada sale. Jadi, daku pun beli.

Sangkanya barang tu paling kurang pun sampai 17/4. Sampai ke sudah barang tak sampai. Daku pun checklah sama ada seller tu dah shipping ke belum. Padahal dah to ship tapi mana no tracking? Daku apa lagi tanyalah seller tu, bila dia nak pos. Ni jawapan dia,


Jawapan dia, "ORDER PUAN AKAN DIPROCESS PADA 24/4 YA". Ohhh Dengg! 24/4 baru nak settle order, then dah tentu hari isnin seller pos. Padahal seller ni based on Johor je. Daku pun dah macam was-was nak beli. Daku cuba cancel dan tunggu seller tu approve sampai ke sudah tak approve. At the end, terpaksa batalkan cancel tu dah teruskan menunggu.

Semalam ternaiklah satu pos di FB tentang seller yang jenis suka preorder dan buat customer tunggu hampir 3 minggu lebih. Daku pun syak, sama kes macam daku. Mana taknya, 24/4 baru nak settle order? Ni belum pos lagi tau. Pos pun dah tentu amik masa seminggu untuk sampai. 

Ni mesti barang tak ada stock pastu sibuk tunggu preorder. Patutlah amik masa yang lama. Bila live chat dengan shopee, disuruhnya kita tunggu 5 hari lagi, boleh jamin barang tak sampai dalam masa 5 hari. Lama-lama boleh naik hantu! Stress menunggu!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551