Assalammualaikum & selamat malam semua! Movie review kali ini Om ingin mengulas sebuah filem yang berdasarkan daripada cerita sebenar iaitu filem '1917'. Filem ini sudah ditayangkan pada 16 Januari 2020 dan cerita ni dah pun berlaku dalam dunia realiti ketika Perang Dunia Pertama.
Sinopsis 1917
Filem 1917 yang berdurasi selama 160 minit ini mengisahkan tentang dua orang tentera muda British di perang dunia pertama iaitu George MacKay sebagai Schofield dan Dean-Charles Chapman sebagai Blake. Kisah 1917 ini adalah kisah benar yang diceritakan semula oleh datuk kepada pengarah cerita ini iaitu Sam Mendes.
1917 adalah kisah dimana perjalanan Schofield dan Blake mendapat arahan untuk menghantar surat kepada Leftenan Mckenzie (rejimen devions). Mereka perlu merentasi kubu pertahanan Jerman dan menyampaikan surat daripada pegawai tinggi agar menghentikan serangan terhadap musuh. Tetapi, Blake mati ditikam oleh juruterbang Jerman yang terhempas ketika berperang dengan British di ruang udara.
Schofield, berusaha untuk menghantar surat tersebut dan menempuh pelbagai cabaran termasuk hampir berkali-kali ditembak oleh tentera Jerman. Jika Schofield gagal menghantar surat tersebut, seluruh rakan tenteranya mati (1600 tentera), ini kerana Jerman sudah membuat perangkap untuk berlawan dengan British.
REVIEW
Siapa je yang tak suka dengan genre perang? Apa yang menarik, Om suka dengan ketabahan Schofield bila terpaksa berdepan dengan kematian kawan baik dia, Blake. Mati pun sebab ditikam oleh musuh. Cerita ni jadi seram bila sound effect dia seolah-olah musuh dah get ready nak tembak mereka ni. Its not easy to carry a mission sorang-sorang.
Dari segi tempat dan penggambaran, memang nampak sangat hidup apatah lagi di tambah dengan teknik kamera ‘one shot’, seolah sedang berlaku di dunia. Tak nampak macam tengah penggambaran. Patutlah filem 1917 ni berjaya menggondol trofi Filem Terbail Anugerah Golden Globes 2020 dan tersenarai dalam Anugerah Oscar.
RATE
Dengan ini Om memberi 5/5 bintang.