Assalammualaikum.
Selamat malam kepada yang sedang lena dibuai mimpi dan kepada kalian si burung hantu, sila habiskan membaca entri ini. hihihihihii.
Korang pernah shopping online? Membeli-belah secara talian. Order hari esok tengahari dah sampai. Laju kalah pos laju. Untuk setakat ni, Om lebih percayakan Zalora berbanding Lazada. Tetapi tidak tahulah mungkin satu hari nanti Zalora mengkhianati Om. Om pernah dengar juga lah Zalora ni penipulah, Zalora itulah, Zalora inilah.
Alhamdulillah, Zalora dah tingkatkan servis diorang. Ishhh, servis teruk mesti viral ye dok? Zaman sekarang walapun RM1 tetap nak dituntut, duit tetap duit, kan? Secara teorinya, hahahaa Zalora tak pernahlah tipu, servis diorang ni berjalan dengan lancar. Sudah terbukti. Cuma Om nak cuba servis pemulangan barang, iaitu tukar saiz atau barang rosak.
Om dah order kasut, kalau saiz tak sesuai, Om nak tukar, Om nak cuba servis pemulangan barang. Manalah tahu tak okay ke kan? Kalau tak mencuba memang tak tahulah.
Apa-apapun pandai beli pandai tanggung risiko dan rugi. Think before buy!