Quantcast
Channel: BLOG SI OMBAK BERGIGI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551

Blogger Challenge Day 4 | DESCRIBE YOUR PARTNER

$
0
0

Assalammualaikum | Hello there

Describe your partner, suami boleh tak? Tak ada idea tau nak describe suami sendiri, Om ni pun bukan jenis nak faham, kadang nak faham diri sendiri pun sampai sekarang ni pun tak faham-faham lagi apa yang diri nak. Om cuba describe tentang suami.


1) Caring

Suami Om boleh dikatakan caring jugalah. Ingat lagi masa baru dua minggu lepas kahwin, Om memang dah kehabisan duit dah. Mas tu Om kerja di Pengerang, tiap tiap hari suami akan tanya 'Ada duit lagi tak?'. Kawasan Pengerang ni memang cekik darah jugalah semua benda mahal. Suami risau takut Om tak makan. Pernah juga bulan lepas Om demam teruk sampai menggigil badan, sanggup paksa suruh pergi hospital. Dah lah tengah malam dengan esoknya nak kerja, suami yang gigh tarik tangan kalau ikut Om memang tahu pergi. Kesian suami bersengkang mata.

2) Matang Tapi Tak Kena Usia

Sebenarnya kami ni beza setahun, Om tua setahun jer. Heheheh. Orang kata Om ni matang tapi sebenarnya tak pun. Berangin tak tentu hala, moody tak tentu pasal. Suami ni pulak jenis yang matang, relax and cool. Orang tak percaya dia muda dari Om.

3) Seorang yang jimat

Baru tahu suami ni memang jenis yang tak suka bersosial. Apa yang suami tahu, kerja dan simpan duit. Baju pun payah suami nak beli yang baru kadang tu sampai Om ni merajuk suami tak mahu beli baju baru. Geram je dengan perangai berjimat tu tapi suami bukan kedekut, bab makan memang tak lah, makan lah apa yang nak dimakan janji kena habiskan. Heheheheh

Tak boleh describe banyak banyak nanti suami kembang pulak bontot dia bila baca ni. Hehehe

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551