Quantcast
Channel: BLOG SI OMBAK BERGIGI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551

Apa Yang Memberi Inspirasi Dalam Hidup Korang?

$
0
0
Assalammualaikum uolls.

Tercetusnya idea ini adalah dari entri SEGMEN GIVEAWAY, esok adalah hari terakhir untuk korang sertai. Cepat!

 "apa yang memberi inspirasi dalam hidup korang?"

Inspirasi? Apa itu inspirasi? Inspirasi adalah sebuah tujuan dalam kehidupan kita yang akan membawa kita pada suatu motivasi dan kebahagian tersendiri dalam kehidupan kita. Manusia tanpa inspirasi sama sahaja seperti pokok tanpa akar, umum mengetahui pokok tanpa akar akan mati, macam itu juga manusia apabila tiada inspirasi. Manusia yang tiada inspirasi akan merasa kehidupan yang dijalani terasa semakin susah. 



Jadi, apa pula inspirasi Om? Disebalik sebuah kehilangan. Ya itu inspirasi yang tertanam jauh di dasar hati Om yang paling dalam. Hilang! Kehilangan! Lost! Yes that word. Inspirasi ni berbeza pada setiap individu. Mungkin menjadi seseorang itu sebagai inspirasi dan mungkin juga ada yang  inspirasikan dengan benda. Tetapi tidak bagi Om. Om sangat menginspirasi sebuah kehilangan. Sebab apa dan kenapa?

Hilang. Sebuah perkataan yang mempunyai satu maksud yang sangat mendalam. Barang yang Om sayang tiba-tiba hilang. Feels nya tertusuk terus ke hati. Kawan yang selama ni selalu ada disisi tiba-tiba hilang and become stranger. Allah, perasaan tu hanya tuhan je yang tahu. Lagi berat erti kehilangan ni, bila kita kehilangan ibu bapa kita. Satu-satunya tempat bergantung dan luahan rasa.  I can't imagine when this thing happen to me. Honest, I cant imagine. Orang yang sangat kita sayang akhirnya kembali pada pencipta. Huarghhh I can't imagine how hurt my feelings that time. Sedangkan kita hilang barang-barang yang kita sayang tu, dah menangis bagai nak gila apatah lagi hilangnya ibu bapa.

Om pernah hilang Iphone 5 yang sudah berbakti almost 3 years. Tiba-tiba hilang ketika solat. Apa yang korang rasa? Korang mesti nangis dan sambil mencari berulang kali ditempat yang sama. Call, sms, whatsapp semuanya tak reply, tak jawab. What will you do? Om nangis sebab hilang iphone tu sebab terlalu sayang. Mak Om penah kata, nak sayang akan sesuatu, jangan keterlaluan sebab satu hari nanti mesti hilang. You know what. Om menangis, sebab betul sangat apa yang mak kata.

Bermacam-macam jenis dan kisah disebalik sebuah kehilangan tapi Om sedar dan harus belajar bahawa setiap kali kita merasa kehilangan, sesungguhnya apa yang kita tangisi tidak benar-benar hilang tetapi pada saat yang tidak akan kita sangka, kita akan dapat hikmah dari rasa kehilangan tu. Kita akan merasakan kebahagian yang berlipat ganda jika kita pernah rasa sebuah kehilangan. Tapi dan tapi rasa bahagia itu akan datang saat kita boleh melepaskan dengan rela apa yang telah hilang, tanpa meratapi atau menangis teresak-esak. 

Sebuah kehilangan sangat memeritkan dan cuba lepaskan dengan rela, In shaa Allah kebahagian itu akan hadir. Allah knows everything. 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551