Bismillah.
Assalammualaikum
Petua Hilangkan Kayap Secara Semulajadi | Pernah dengar tak penyakit kayap? Penyakit kayap ni ada yang kata boleh maut sebab tu kalau kena kayap, kena cari cara hilangkan kayap. Aku ingat lagi abang aku pernah kena penyakit kayap ular. Seksa juga tengok dia nak sembuhkan kayap ni.
Tanda-tanda kayap ni kadang kurang jelas juga. Kadang korang akan rasa gatal, kulit nampak merah ataupun pedih pada sesuatu tempat. Kayap ni juga mengambil masa dalam 2-3 hari untuk korang nak nampak kesan ruam bergelembung yang berisi cecair.
Sebab itulah, agak menyakitkan apabila bergesel dengan pakaian. Perih dan pedih tu! Ada sampai individu ni terpaksa tahan sakit kayap ni sampai 30 hari. Jenuh juga nak bebas dari penyakit ni.
Cara Hilangkan Kayap, Mudah Dan Berkesan
Kayap dalam bahasa medikalnya ialah Herpes Zoster/Shingles. Ianya disebabkan oleh virus Varicella Zoster. Varicella Zoster ini adalah agen yang sama yang menyebabkan chicken pox dan cacar air.
Sebenarnya virus ni boleh menjangkiti manusia sebagai cacar air dan akan tidur atau tidak aktif dalam badan manusia. Ia akan tinggal di bahagian saraf manusia dan sekiranya badan kita mempunyai imuniti rendah, jadi virus ini akan aktif semula. Jadi maka terjadilah kayap dan menyebabkan tanda tanda kayap.
Jadi, hari ni aku nak kongsikan 8 cara hilangkan kayap secara semulajadi. InsyaaAllah membantu korang yang tengah mengalami penyakit ini.
#1 Guna Daun Pokok Duit-Duit
Korang boleh juga guna daun pokok duit-duit yang telah ditumbuk hancur. Korang ambil daunnya serta air perahannya dan tekap pada tempat yang terkena kayap dan bengkung semalaman.
#2 Guna Ubat Makan Dan Ubat Sapu
Kalau korang tak nak cuba secara tradisional, korang boleh dapatkan ubat makan dan ubat sapu, kalau nak cucuk pun ada. Lebih elok jika berjumpa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
#3 Guna Daun Cili Dan Kapur Makan
Eh bukan cili tau, ini daun cili. Naya juga kalau sapu cili kat kayap, tak pasal kang bertambah sakit. Korang boleh guna daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas dau cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian, sapukan pada bahagian yang terkena kayap. Korang boleh lakukan 2 kali sehari. InshaAllah kayap akan sembuh dan baik dalam masa beberapa hari.
#4 Guna Daun Delima (untuk kayap setompok)
Cuba korang guna pula daun delima yang sudah ditumbuk lumat bersama bedak sejuk (tanpa pewangi). Lepas tu, tampal di tempat yang terkena kayap tu. InshaaAllah 3 hari je dah boleh kering. Lagi penting sekalikan, bila korang tampal tu, jangan dikupil parut kayap tu bila tampalan tu dah kering. Korang biarkan je, biar ia tanggal sendiri sebab kalau ada yang tak kering, lagi mudah nak kembali merebak.