Assalammualaikum.
Bismillah.
Resepi Kek Gula Hangus Kukus, In Syaa Allah Sedap. | Bosan jugak bila minum petang cuma air teh o. Hari ni daku nak kongsikan resepi kek gula hangus dibuat secara kukus. Ramai yang geli tengok lubang lubang pada kek gula hangus ni termasuk daku. Dah lah daku ni fobia gila dengan lubang lubang halus, meremang bulu tengkuk sis oii!
Bismillah.
Resepi Kek Gula Hangus Kukus, In Syaa Allah Sedap. | Bosan jugak bila minum petang cuma air teh o. Hari ni daku nak kongsikan resepi kek gula hangus dibuat secara kukus. Ramai yang geli tengok lubang lubang pada kek gula hangus ni termasuk daku. Dah lah daku ni fobia gila dengan lubang lubang halus, meremang bulu tengkuk sis oii!
Tapi kalau lubang lubang halus tu pada makanan, arghh pejam aje mata sumbat dalam mulut. Apo susah, janji rasa sedap dan perut pun kenyang. Ada juga yang kata kek gula hangus ni susah dibuat sebab banyak sangat langkah langkah. Nak kena itulah, nak kena inilah.
Ha apa kata baca resepi ni dulu dan cuba. In syaa Allah menjadi. Selamat mencuba semua!
Jom Cuba Buat Kek Gula Hangus Kukus, Pasti Sedap!
Bahan - bahan untuk membuat kek gula hangus kukus :
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan marjerin
- 4 biji telur gred B
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
- 1 sudul kecil (sudu kfc) baking powde
- 1 penutup botol esen vanilla
Cara - cara untuk membuat kek gula hangus kukus :
Ikuti langkah di bawah dengan teratur.
#1 Kacau Bahan
Pertama sekali, korang cairkan 1cawan gula pasir guna api sederhana hingga hangus keperangan. Kemudian, kecilkan api dan tuang 1 cawan air pans sedikit demi sedikit habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air menjadi sebati.
#2 Campurkan Bahan
Kemudian, masukkan 3 sudu makan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan ketepikan dahulu. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. Setelah itu, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
#3 Kukus Dan Siap Di Hidang
Akhir sekali, satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung yang diayak dan adun sehingga sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi. Kukus selama 1 jam atau sehinnga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- Resepi Daging Masak Merah Ala Thai KanKunKap, Jom Cuba!
- Dah Cuba Homemade Prosperity Burger Ala McDonalds? Ini Resepinya!
- 11 Pes Homemade Yang Memudahkan Ibu Moden Memasak Setiap Hari.
- Resepi Sizzling Yee Mee Tanpa Hot Plate Yang Menggetarkan Lidah Anda.
- 10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak.
- Resepi Sotong Stim Limau Ala Thai, Menyesal Tak Cuba Buat!
- Resepi Tart Nenas Gebu Gebas Sukatan Cawan Yang Mudah
- Memang Macam Di Indonesia, Ini Resepi Nasi Ayam Penyet Anda Patut Try!
- 4 Resepi Ikan Masin Ala Orang Kampung, Confirm Terliur!
Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat kek gula hangus kukus ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Gerenti, suami dan anak anak pun sayang. Selamat mencuba semua!
Kredit : Resepi Makanan MY
Kredit : Resepi Makanan MY