Quantcast
Channel: BLOG SI OMBAK BERGIGI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551

Tempat Menarik Di Langkawi | Kota Mahsuri & Makam Mahsuri

$
0
0
Assalammualaikum

Kota Mahsuri & Makam Mahsuri | Kota Mahsuri merupakan salah satu tempat menarik yang patut korang kunjungi semasa berada di Langkawi. Mengikut lagenda, Kota Mahsuri juga merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tak caya? Jom ikut Om terjah Kota Mahsuri.



Siapa Mahsuri?

Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi untuk melawan tentera Siam.
Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan di fitnah. Mahsuuri juga telah menyumpah Pulau Langkwai supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


Jadi, itulah serba sedikit sejarah tentang Mahsuri. Nak tahu lebih lagi, korang kena lah pergi ke Pulau langkawi.  Untuk pengetahuan korang, Kota Mahsuri terletak di mukin Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan  seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu. 






Korang juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini. Bawa je duit lebih-lebih. Jika korang menggunakan perkhidmatan kereta sewa, korang jangan risau kerana tempat letak kereta adalah percuma.

KOTA MAHSURI & MAKAM MAHSURI
Jalan Makam Mahsuri, 
Kampung Mawar,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
+604- 955 6055

Harga:
Dewasa RM7
Kanak-kanak RM3.50 

Dibuka pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551