Quantcast
Channel: BLOG SI OMBAK BERGIGI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551

Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan Yang Mudah Untuk Dibuat

$
0
0
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan Yang Mudah Untuk Dibuat | Lagi beberapa hari sahaja nak raya, walaupun kita sambut sangat bersederhana di seluruh Malaysia tetapi janganlah tak meraikan langsung. Disebabkan Covid-19, takkan kita nak berduka di pagi raya. Aaku tahu tak semua keluarga dapat jumpa insan yang tersayang, ada yang bertahun berbulan tak dapat balik. Tapi apakan daya demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita tetap akur dengan kehendak Ilahi. In syaa Allah, di tahun seterusnya pasti hari raya Aidilfitri lagi meriah daripada tahun ini. 

Lama juga tak buat kuih raya, tahun lepas balik rumah mertua, langsung tak berkesempatan nak adun kuih raya. Jadi, dua hari ni daku sibuk dengan buat biskut raya, semalam buat tart nenas satu adunan tapi jem nenas pulak dah habis. Disebabkan dirumah mak ni ada 3 biji nenas yang tak tahu nak dibuat apa, mak daku ambil keputusan untuk buat jem nenas bagi buat tart nenas 2 adunan yang bakal diagihkan kepada abang-abang daku. 

resepi tart nenas sukatan cawan

Hari ni daku nak kongsikan dengan kalian semua satu resepi tat nenas sukatan cawan yang mudah dan senang untuk korang ikuti. Selamat mencuba semua!

Buat Jem Nenas, Maka Terhasillah Tart Nenas Gebu Gebas


Resepi di bawah ni aaku menggunakan sukatan cawan, in syaa Allah mudah untuk korang ikuti tart nenas gebu gebas ni.


Bahan - bahan untuk membuat tart nenas :


  • 1 buku buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit pewarna kuning
  • Jem nenas

*Adunan ini untuk 1 adunan sahaja, andai nak buat 2 atau 3 adunan sila darab setiap bahan dengan berapa adunan yang mahu kita buat. Andai kata mahu buat 3 adunan, maka 2 cawan tepung gandum akan jadi 6 cawan tepung gandum.


Cara - cara untuk membuat doh/adunan tart nenas : 


1) Masukkan buttercup dan 1 biji kuning telur ke dalam bekas. Pukul sehingga putih tapi jangan overmixer pulak sebab kita bukannya nak buat kek pun. Pukul dengan bersederhana sahaja ye.


Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan


2) Masukkan satu sudu teh esen vanilla, dan pukul lagi. Masukkan juga bersama 3 sudu makan susu pekat, yang ni kita nak bagi kulit tart nenas ni rasa gebu gebas gitu. 

3) Setelah dipukul dengan menggunakan mixer, bolehlah cuci mixer. Sebab step seterusnya kita menggunakan tangan untuk mengadun. Pastikan tangan korang bersih ye sebelum nak mengadun tart nenas ni.

Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan

4) Masukkan 2 cawang tepung, 2 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan tepung kastard. Uli sampai jadi doh. Bila dah jadi doh, masukkan pewarna kuning bagi doh ni nampak menarik sedikit warnanya setelah bakar.

5) Adun sampai jadi doh. Bila dah adun tu, automatik tangan kita takkan melekat dengan doh. Sebab adunan dah betul-betul diadun. 

6) Masukkan doh tart nenas ke dalam acuan tart nenas. Baru letakkan jem nenas di atas doh tersebut dan gulungkan, jangan tebal sangat nanti tak berasa sangat jem nenas tu.

7) Bolehlah sapu kuning telur diatasnya bagi mencantikkan lagi tart nenas. Barulah menambat hati para tetamu yang nak makan kuih raya.

Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan

8) Bakar dengan suhu 150 degree selama 15 minit.

9) Jadi, dah siap tart nenas gebu gebas, bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara. 




Siapa kata buat tart nenas ni susah? Daku yang berbadan dua ni masih kuatkan semnagat nak siapkan tart nenas. Sampai senak perut duduk lama -lama tau. Alhamdulillah, berjaya buat 3 adunan tart nenas. 
Dapatlah dalam 2 balang besar. Hehehehe..

Sesiapa nak makan kuih tart nenas daku, meh beraya kat rumah. Tapi kena patuh dengan SOP ye! Selamat mencuba untuk membuat resepi tart nenas orang lama sukatan cawan ni ya!

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia























Viewing all articles
Browse latest Browse all 1551